Jadual Waktu Peperiksaan SPM, STAM dan UPBA

jadual waktu spm


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman rasmi Lembaga Peperiksaan telah memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022

Selaras dengan pengumuman Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 pada 15 November 2021, KPM telah menyediakan jadual waktu peperiksaan/ujian SPM, STAM dan UPBA seperti di Lampiran 1 hingga 4. Senarai lampiran seperti berikut:

Senarai lampiran boleh dimuat turun dengan klik pautan di bawah atau melayari laman rasmi lembaga peperiksaan [http://lp.moe.gov.my ]

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Sumber: KPM/Lembaga Peperiksaan

Previous Post Next Post