Rayuan Temu Duga Guru Tahun 2021 (Pengambilan Khas)

rayuan temu duga


Suruhanya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam portal rasmi telah membuat hebahan berkaitan  rayuan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘One-Off’ tahun 2021

Syarat Rayuan Temu Duga

  • Rayuan terbuka kepada calon dengan Ikhtisas Pendidikan sahaja;
  • Hanya calon yang pernah memohon bagi pengambilan khas ini sahaja yang akan dipertimbangkan untuk rayuan;
  • Opsyen calon akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan tertakluk kepada kekosongan sedia ada;
  • Permohonan rayuan tidak melayakkan calon untuk dipanggil temu duga secara automatik. Hanya calon yang melepasi tapisan rayuan sahaja akan dipanggil temu duga;
  • Sebarang rayuan tidak akan dilayan selepas tempoh ini dan keputusan adalah muktamad.

Cara Membuat Rayuan

Sekiranya calon berminat untuk meneruskan rayuan seperti ketetapan di atas, sila klik DI SINI.

Tarikh Akhir Permohonan 

Semua permohonan boleh dikemukakan sebelum atau pada 26 NOVEMBER 2021 jam 12.00 TENGAH HARI.

Sebarang makluman bolehlah merujuk portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan - KLIK SINI

Previous Post Next Post