Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke tingkatan satu dan tingkatan empat di SMKPK, SMKPV dan KV Keningau bagi ambilan tahun 2022 dibuka pada 1 November hingga 31 Disember 2021. 

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke tingkatan satu dan tingkatan empat di SMKPK, SMKPV dan KV Keningau bagi ambilan tahun 2022 perlulah dilakukan  secara dalam talian dan akan mula dibuka pada 1 November 2021 jam 10.00 pagi

https://epkhas.moe.gov.my/

Sistem ePKhas

  1. Sistem ePKHAS hanya untuk permohonan penempatan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke SMKPK/SMPKV/KV KENINGAU.
  2. Permohonan penempatan MBK ke PPKI boleh dikemukakan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan  kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke tingkatan satu dan tingkatan empat di SMKPK, SMKPV dan KV Keningau bagi ambilan tahun 2022 ialah pada 31 Disember 2021

Sumber: KPM

epkhas



Previous Post Next Post