Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.
Kepada ibubapa yang mempunyai anak berumur 5 dan 6 tahun pada 2022 bolehlah membuat pendaftaran tahun 1 bagi sesi persekolahan 2023 dan 2024.
Pendaftaran Tahun 1 sesi 2023/2024 boleh dilakukan secara online oleh ibu bapa dan penjaga melalui Portal SPS (Modul Pengurusan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia) KPM.
Untuk membuat permohonan, ibu bapa bolehlah melayari lawan rasmi SPS iaitu https://public.moe.gov.my atau klik pautan ini Visit website SPS
Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan ibu bapa/ penjaga.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan. Maklumat pegawai JPN dan PPD boleh diperolehi pada menu HUBUNGI KAMI.
Sumber: KPM