Permohonan UPU Online bagi sesi akademik 2022/2023 akan dibuka mulai 4 Februari 2022 kepada calon lepasan SPM, STPM, STAM & Diploma /Setaraf bagi kemasukan ke:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Pemohonan UPU Online boleh dibuat pada :
- Dibuka 4 Februari 2022 Jam 12.00 tengah hari
- Ditutup 31 Mac 2022 Jam 5.00 petang
Cara Membuat Permohonan
Permohonan UPU online bagi sesi kemasukan 2022/2023 boleh dibuat melalui laman web rasmi : https://upu.mohe.gov.my/
Calon tidak perlu buat sebarang pembelian nombor pin kerana bayaran proses permohonan ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
.