DSKP Kembali Digunakan Sesi 2022 / 2023

dskp


Pelaksanaan kurikulum persekolahan kalendar akademik sesi 2022/2023 kembali menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sepenuhnya bagi pengoperasian institusi pendidikan.


Ini selaras dengan  surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bilangan 2 tahun 2022 yang bertarikh 7 Mac 2022.


KPM memutuskan supaya pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR Semakan 2017) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) kembali menggunakan DSKP.


DSKP kembali digunakan sepenuhnya bagi kalendar akademik sesi 2022/2023. Oleh yang sedemikian, Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) yang digunakan sebelum ini tidak lagi digunakan untuk sesi 2022/2023. 


Sumber: KPM




Post a Comment

Previous Post Next Post