Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.
Berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bilangan 1 tahun 2022 yang bertarikh 7 Mac 2022, Mesyuarat profesional KPM memutuskan supaya PTTS 2.0 dilaksanakan selama 4 minggu.
Muat turun surat siaran PTTS 2.0 Download
PTTS 2.0 dilaksanakan bagi murid tahun satu mulai minggu pertama sesi baharu persekolahan. Tempoh ini dimanfaatkan bagi memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani dan tahap penguasaan perkembangan kongnitif.
Fasa Pelaksanaan PTTS 2.0 Tahun 2022/2023
Pelaksanaan dan pengisian PTTS 2.0 bagi tempoh empat minggu adalah seperti berikut
- Fasa penyesuaian dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua sesi persekolahan. Penekanan dari aspek sosiemoasi, kognitif fan jasmani perlu diberi kepada murid bagi meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
- Fasa kesediaan pula dilaksanakan pada minggu ketiga dan keempat sesi persekolahan untuk memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya
Pengenalan PTTS 2.0 Tahun 2022/2023
Objektif Program Transisi Tahun Satu 2.0
Objektif Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) ialah:
- Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal.
- Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
- Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
- Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
- Membantu murid mengurus diri sendiri.
- Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.