Simulasi Jadual Anjal Menangani Isu Beg Berat

beg berat


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan contoh cadangan jadual anjal bagi menangani isu beg berat di kalangan murid sekolah rendah. 

Di bawah adalah contoh cadangan jadual anjal yang telah disyorkan oleh KPM bagi menangani isu beg berat 
jadual anjal



Antara perkara-perkara yang disyorkan oleh KPM bagi menangani isu beg berat ialah, 

  • Menyusun semula jadual waktu supaya dapat disesuaikan antara tiga hingga empat mata pelajaran setiap hari
  • Menyediakan loker atau memoptimumkan penggunaan loker jika ada
  • Semua tugasan dan aktiviti disiapkan dalam waktu PdP
  • Menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dalam mengurangkan isu beg berat
  • Mengadakan perbincangan dua hala dengan PIBG untuk penyusunan buku mengikut jadual waktu bagi memastikan ibu bapa berperanan membantu dalam mengatasi masalah beg berat
  • Melaksanakan pemantauan berterusan terhadap beg berat oleh pengurusan sekolah , PIBG dan ibu bapa
  • Menyediakan sumber air minuman di sekolah
  • Kempen pematuhan dan pembudayaan jadual waktu
  • Guru perlu memberi arahan jelas kepada murid setiap hari berkaitan dengan buku dan peralatan yang perlu dibawa ke sekolah
  • Minimumkan jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran
  • Melarang penggunaan dan membawa buku kerja selain daripada buku aktiviti yang dibekalkan oleh KPM
  • Penggunaan jadual waktu berasaskan 2 minggu setiap kitaran
  • Menguatkuasakan syor seperti dapatan kajian berkaitan dengan beg berat sebelum ini

Previous Post Next Post