Pelaksanaan Catch Up Plan 3 (CUP 3)

Catch-Up Plan (CUP) ini tercetus daripada program KPMPerkasaKU iaitu program pemerkasaan pelaksanaan kurikulum. CUP 2 telah berjaya dilaksanakan pada penggal yang lalu. 


Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjelaskan mengenai pengoperasian Catch Up Plan (CUP) 3 yang akan dilaksanakan bermula 21 Mac hingga 15 April 2022.


Mata pelajaran untuk CUP 3


Antara subjek yang terlibat bagi pelaksanaan CUP 3 ini ialah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains


Kumpulan sasaran pelaksanaan CUP 3

Manakala kumpulan sasaran yang akan terlibat terdiri daripada murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang mendapat Tahap Penguasaan (TP) 1, TP 2, TP 3 dan murid yang tidak ditaksir. 


Bagi sekolah rendah,  murid yang terlibat ialah

  • Murid Tahun 2
  • Murid Tahun 3
  • Murid Tahun 4


Manakala murid sekolah menengah pula terdiri daripada

  • Murid Tingkatan 1
  • Murid Tingkatan 2
  • Murid Tingkatan 3


Pengecualian diberikan bagi 

  • Murid pemulihan khas
  • Sekolah Program PLaN
  • Murid Berkeperluan khas (MBK)
  • Murid peralihan


Kaedah pelaksanaan CUP 3


Antara kaedah pelaksanaan CUP 3 ialah
  • Memfokus kepada kemahiran asas yang belum dikuasai
  • Menggunakan pelbagai aktiviti PdP yang dapat mengukuhkan kemahiran asas
  • Merancang aktiviti dalam panitia, antara panitia, antara guru mata pelajaran dan guru kelas untuk menentukan strategi, aktiviti, tempoh masa, guru pelaksana dan murid.







Tonton Taklimat KPMPerkasaKU Siri 5 disampaikan oleh para pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) berkaitan dengan CUP 3


Previous Post Next Post