Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG)

upbmg 2022
Infografik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia


Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) pada dasarnya ialah satu ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). UPBMG menguji empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar,bertutur, membaca, dan menulis. Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu (KSBM).

Penafian: Info ini diperolehi dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - KLIK


Tujuan UPBMG

UPBMG ialah satu ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah KPM. UPBMG menguji empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Sasaran UPBMG

Calon UPBMG terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu sama ada yang opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen bahasa Melayu. Namun begitu, sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 calon guru terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM

4 Kemahiran Yang Diuji

Kemahiran bahasa meliputi empat komponen utama iaitu:

  • Kemahiran Mendengar
  • Kemahiran Bertutur
  • Kemahiran Membaca
  • Kemahiran Menulis

Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM.

Kemahiran Mendengar

Mendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Mendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Mendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya

Kemahiran Bertutur

Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi. 

Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif. 

Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema. 

Kemahiran Membaca

Membaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Kemahiran Menulis

Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. 

Pendaftaran UPBMG 2022

Pendaftaran UPBMG bagi tahun 2022 boleh dilakukan menerusi laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia atau klik sini  Visit a Link

Tarikh Ujian UPBMG 2022

UPBMG bagi tahun 2022 akan dilaksanakan pada 29 Oktober 2022 bagi ujian membaca, menulis dan mendengar manakala bagi ujian bertutur akan dilaksanakan pada 31 Oktober 2022 hingga 3 November 2022.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman rasmi MPM  Visit a Link


Rujukan

1. Majlis Peperiksaan Malaysia

2. Kementerian Pendidikan Malaysia

Previous Post Next Post