Tema Dan Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2022

Sumber: BERNAMA


Sambutan Hari Kemerdekaan (Kebangsaan) dan Hari Malaysia pada tahun 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama selari dengan konsep keharmonian yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 

Pemilihan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkonsepkan pembangunan negara dalam aspek infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan untuk kemudahan rakyat di negara ini.

Berikut adalah Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 yang akan disambut pada 31 Ogos 2022 sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tema Hari Kebangsaan 2022

Tema Sambutan  pada tahun ini ialah Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Keluarga Malaysia : Merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

Teguh Bersama : Kekuatan dan kesepaduan dicapai secara kolektif serta mampan 

Logo Hari Kebangsaan 2022



Rasional Logo Hari Kebangsaan 2022

    Logo berkonsepkan Jalur Liputan Internet: Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat. 
      Jalur Biru, Merah dan Kuning:  Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni. 
        Titik Merah : Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. 
          Kedudukan Berselang-Seli: Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

          Sumber: BERNAMA
          Previous Post Next Post