Garis Panduan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

garis panduan uasa


UASA merujuk kepada Ujian Akhir Sesi Akademik untuk menilai tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran pada akhir sesi akademik. 

UASA melibatkan murid sekolah rendah iaitu tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 dan nelibatkan murid menengah rendah yang terdiri daripada murid tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Apa itu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan merupakan pentaksiran pusat.

Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.

Baca Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Sekolah Rendah

Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

Garis Panduan Pentadbiran UASA

Garis panduan pentadbiran Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rujukan kepada pegawai bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik.

Baca juga Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Menengah Rendah

Muat turun garis panduan pentadbiran UASA untuk rujukan pentadbir dan guru tentang pengurusan dan pentadbiran ujian akhir sesi akademik.

 Download

Sumber: KPM


Previous Post Next Post