Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2023/2024

matrikulasi 2023

Berita baik untuk pelajar SPM Tahun 2022. Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2023/2024 akan dibuka pada 16 Januari 2023 hingga 16 April 2023. 

Jurusan yang ditawarkan bagi permohonan ke matrikulasi ialah Jurusan Sains, Jurusan Kejuruteraan, Jurusan Perakaunan & Jurusan Perakaunan Profesional

Cara Membuat Permohonan

Permohonan ke matrikulasi boleh dilakukan melalui laman rasmi matrikulasi iaitu https://matrikulasi.moe.gov.my

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

Info: KPM



Previous Post Next Post