SPI Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

pemerkasaan pbs 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman rasmi telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) bilangan 3 tahun 2023 berkaitan dengan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mulai sesi akademik 2022/2023.

SPI yang dikeluarkan oleh KPM yang bertarikh 9 Januari 2023 ini bertujuan memaklumkan berkenaan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai sesi akademik 2022/2023.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PBS ialah dasark pentaksiran yang menyeluruh tentang pencapaian dan perkembangan pembelajaran murid merangkumi empat komponen pentaksiran iaitu

  • Pentaksiran Pusat (PP)
  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Muat turun SPI KPM Bil. 3 Tahun 2023 berkenaan dengan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  untuk rujukan pihak sekolah  Download

Sumber: KPM

Previous Post Next Post