Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) adalah satu sistem baru yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). idMe ini juga berfungsi sebagai Single Sign-On (SSO) yang membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi
Sistem ini disambut baik bagi mengatasi masalah aplikasi-aplikasi KPM yang perlu dipusatkan kepada satu aplikasi sahaja bagi memudah dan menstruktur akses kepada setiap aplikasi KPM.
Login Sistem Pengurusan IDentiti
Untuk akses kepada sistem ini, pengguna hanya perlu ke https://idme.moe.gov.my/
Penggunaan sistem seumpama ini sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan guru untuk mengakses banyak akaun berkaitan tanpa mempunyai banyak login ID menyebabkan kebarangkalian lupa kata laluan. Selain itu, alamat aplikasi juga tidak perlu banyak disimpan hingga menyukarkan akses jika tersilap alamat web atau kehilangan alamat web.