Permohonan Menyertai Program Genius Negara 2024


program genius negara


Permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS untuk tahun kemasukan 2024 bermula 1 Jun hingga 30 september 2023. 

Program ini merupakan program pendidikan awal kanak-kanak untuk anak-anak bermula 0 hingga 4 tahun dengan menyasarkan anak-anak daripada keluarga yang tergolong dalam kumpulan B40.

Keistimewaan Program Genius Negara

  • Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
  • Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik.
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing).

Syarat-syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk menyertai program genius negara adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia (anak).
  • Berumur 4 tahun ke bawah.
  • Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.

Dokumen-dokumen yang Wajib Disertakan:

  • Salinan surat beranak.
  • Salinan MyKid anak.
  • Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin).
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan.
  • Salinan pendapatan ibu bapa yang disahkan.
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga (sekiranya bekerja sendiri).

Cara untuk memohon 


Lengkapkan borang yang disediakan dengan memuat turun borang melalui pautan di bawah. 

Sila hantar borang permohonan yang lengkap ke Pusat Anak GENIUS Negara yang ingin dimohon sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 September 2023.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak anda melalui Program Genius Negara. Segera muat turun borang permohonan dari laman web kami dan hantar segera!

syarat masuk program genius negara

Sumber: KPM


Previous Post Next Post