Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia 2024
Table of Contents
Permohonan Murid Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia/Program Pendidikan Seni (SSeM/PPS) Ambilan Tahun 2024 Secara Dalam Talian telah dibuka untuk permohonan.
Permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka mulai 3 Julai hingga 15 September 2023
Cara untuk memohon
Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia boleh dilakukan melalui pautan https://essem.moe.gov.my
Murid-murid tahun 6 sesi 2023/2024 yang mempunyai bakat dan minat dalam bidang seni dipelawa untuk memohon kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia.
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan
- Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses
Syarat Kemasukan
- Lulus Uji Bakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
Sumber: KPM
Post a Comment