Cara Semak Penempatan Murid Tahun 1

Sistem Modul Pengurusan Murid merupakan sistem yang wujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan permohonan ke Tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Sistem Modul Pengurusan Murid (idMe) diwujudkan antaranya bertujuan untuk ibu bapa mendaftar anak-anak mereka bagi Tahun 1 secara atas talian. Semakan penempatan murid tahun 1 juga boleh disemak melalui idMe

Untuk membuat semakan penempatan murid Tahun 1 bagi tahun 2024/2025, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  • Layari laman web https://idme.moe.gov.my/.
  • Masukkan ID Pengguna.
  • Klik butang ‘Daftar Masuk.’
  • Klik checkbox pada kotak yang disediakan dan masukkan kata laluan yang disediakan.
  • Klik butang ‘Daftar Masuk.’
  • Status permohonan murid dipaparkan.

semak tahun 1


Previous Post Next Post