Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 (SULUNG 2.0)

sulung 2.0


Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 (SULUNG 2.0) merupakan inisiatif di bawah Teras Ekonomi Madani Menaikkan Lantai Peningkatan Darjat Hidup Rakyat dan Strategi KPT : Akses Pendidikan Tinggi.

Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 menyediakan peluang kepada individu pertama dalam kalangan keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di Universiti Awam (UA). 

Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 ini dijenamakan semula daripada SULUNG Kohort 1 yang dilaksanakan pada Sesi Akademik 2022/2023 dan telah memberi manfaat kepada 75 orang mahasiswa dalam enam (6) bidang kompetitif di lapan (8) buah UA.

Program Pembangunan Siswa Sulung 2.0 pula diperluaskan dengan sasaran kepada 10,000 orang pelajar dalam semua bidang pengajian di 20 UA mulai Sesi Akademik 2023/2024. Pada masa yang sama, model pendanaan program yang lebih mampan turut diperkenalkan bagi menampung kos pelaksanaan program.  

Sumber: KPT

Previous Post Next Post