Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3.0

Penjajaran Kurikulum 3.0


Penjajaran kukurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penjajaran kurikulum edisi 3.0 yang membabitkan beberapa mata pelajaran iaitu sains tahap 1 dan matematik tahap 1.

Penjajaran kurikulum edisi 3 ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Penjajaran kurikulum ini melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains tahap 1 sedia ada.

KPM telah mengeluarkan Dokumen Penjajaran KSSR Sains tahap 1 dan matematik tahap 1 melalui laman rasminya. Dokumen penjajaran boleh dimuat turun melalui laman rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atau melalui pautan di bawah. 

Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3.0 Sains Tahap 1

 Download

Dokumen Penjajaran KSSR (Semakan 2017) Edisi 3.0 Matematik Tahap 1

 Download

Sumber: KPM

Previous Post Next Post