Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4)

Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4)


Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah pentaksiran untuk pembelajaran, menilai penguasaan literasi, numerasi, dan kemahiran asas. Pentaksiran ini melibatkan mata pelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan bahasa ibunda masing-masing) tanpa matlamat membandingkan pencapaian antara murid.

Pada artikel kali ini, kami kongsikan maklumat lengkap berkaitan Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026. Teruskan membaca.

Apa itu Matriks Pembelajaran (MP)?

Matriks Pembelajaran (MP) ialah pentaksiran yang dibangunkan untuk mengukur  penguasaan murid secara standard, holistik dan berterusan berkaitan aspek literasi,  numerasi serta kompetensi pembelajaran murid. MP dilaksanakan berasaskan pendekatan Pentaksiran untuk Pembelajaran.

Matriks Pembelajaran diperkenalkan bagi melengkapkan sistem pentaksiran kebangsaan sedia ada pada peringkat sekolah rendah dan menengah rendah serta berperanan sebagai penanda aras kebangsaan yang setara, selaras dengan usaha memperkukuh pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 

Tujuan Matriks Pembelajaran 

Tujuan pelaksanaan Matriks Pembelajaran adalah untuk mengesan penguasaan murid dalam pembelajaran khususnya dalam aspek literasi dan numerasi bagi membolehkan intervensi awal serta sokongan berfokus dilaksanakan secara lebih berkesan serta menyediakan murid kepada pembelajaran seterusnya. 

matriks pembelajaran tahun 4


Ringkasnya, matriks ini bertindak seperti "peta ukuran" untuk melihat sejauh mana murid Tahun 4 menguasai silibus dan kemahiran penting, supaya sokongan pembelajaran yang tepat dapat diberikan seawal mungkin.

Untuk penjelasan lanjut mengenai pentaksiran ini, anda bolehla merujuk makluman berkaitan Matriks Pembelajaran Tahun 4 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Post a Comment for "Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4)"