Softcopy Buku Teks Dual Language Programme (DLP) Tingkatan 3. Dual Language Programme (DLP) merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran bidang sains dan matematik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk:



  1. memberi peluang meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bidang sains dan matematik;

  2. memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing pada peringkat global; dan

  3. meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan.


Terdapat sedikit kelewatan dalam pembekalan buku teks bagi kedua-dua mata pelajaran itu pada awal sesi persekolahan berikutan perubahan untuk menambah baik sistem perolehan.

Baca berita Buku Teks DLP Diedar Bulan Mac

Walaubagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan alternatif sementara iaitu semua sekolah yang menawarkan DLP dibekalkan dengan cakera padat yang mengandungi empat bab awal buku teks subjek berkenaan untuk digunakan semasa proses PdP.

Pihak sekolah yang mempunyai pelajar yang mengikuti program DLP dalam matapelajaran Sains dan Matematik bolehlah memuat turun buku teks secara online di pautan di bawah.

Pautan bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga



Pautan mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga




Semoga perkongsian Softcopy Buku Teks KSSM Dual Language Programme (DLP) dapat memberi infomasi kepada guru-guru yang mengajar kelas DLP bagi matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Muat turun juga Softcopy Buku Teks Dual Language Programme (DLP) Tahun 6