Sunday, March 3, 2019

Keputusan Peperiksaan STPM 2018 Pada 11 Mac 2019


Keputusan Peperiksaan STPM 2018 Pada 11 Mac 2019. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 akan dikeluarkan pada 11 Mac 2019. Calon-calon yang menduduki STPM pada tahun 2018 boleh menyemak keputusan masing-masing di,

Semakan Melalui Sekolah Bagi Calon Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari.

Melalui Pos Bagi Calon Persendirian

Calon persendirian yang menduduki STPM pada tahun 2018  akan memperoleh keputusan melalui pos.

Semakan Melalui SMS


Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas(SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888

Semakan Melalui online


Keputusan STPM juga boleh disemak secara online dengan melayari portal MPM di alamat http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), seramai 42,849 calon menduduki STPM 2018 mencakupi 677 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 42,476 pelajar atau 99.13 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 162 (0.38 peratus) calon sekolah swasta, 195 (0.45 peratus) calon persendirian dan 16 (0.04 peratus) calon sekolah kerajaan negeri.



Semoga perkongsian berkaitan Keputusan Peperiksaan STPM 2018 Pada 11 Mac 2019 ini dapat memberi infomasi kepada pelajar-pelajar yang menduduki STPM pada tahun 2018 untuk mendapatkan keputusan masing-masing pada 11 Mac 2019.

Sumber: MPM, KPM


EmoticonEmoticon