Seramai 445,641 Orang Calon UPSR 2019

Seramai 445641 Orang Calon UPSR 2019. Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 29 Ogos, seramai 445641 orang calon berdaftar untuk menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Calon-calon UPSR pada tahun ini akan menduduki peperiksaan di 8076 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia yang bermula pada 4 dan 5 September serta 10, 11 dan 12 September 2019. Daripada jumlah 445 641 calon tersebut sebanyak 434177 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manala yang selebihnya ialah calon swasta.

Dipetik dari Kenyataan Media KPM


Previous Post Next Post