Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ialah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan kemasukan ke sekolah khusus ialah 7 September 2020 hingga 2 Oktober 2020

Permohonan secara online

Permohonan secara online untuk kemasukan boleh di akses melalui pautan di bawah




Previous Post Next Post