pentaksiran spm 2021

Melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), LP telah mengeluarkan Format Pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2021. Format pentaksiran ini akan digunakan bermula tahun 2021 iaitu tahun hadapan.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

Pihak sekolah bolehlah memuat turun Format Pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2021 melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan KPM melalui pautan di bawah.

>>LEMBAGA PEPERIKSAAN: FORMAT PENTAKSIRAN SPM 2021<<

Post a Comment

Previous Post Next Post