Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah (Versi Kemaskini)

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Norma Baru. Melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Versi Kemaskini yang bertarikh 5 Oktober 2020. 

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu ini mengandungi sepuluh skop utama yang telah dikemas kini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang dikeluarkan pada 4 Jun 2020 serta semua garis panduan tambahan (annex) yang dikeluarkan sebelum ini.

Baca juga Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah (Versi Kemaskini)

Garis panduan ini boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau di pautan berikut 

Sumber: KPM

Post a Comment

Previous Post Next Post