karya guru

Melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) mempelawa guru untuk mencalonkan karya untuk dipilih sebagai 30 Karya Terpilih Guru Malaysia bagi tahun 2019/2020. 

Guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah menerbitkan karya adalah dipelawa mencalonkan karya untuk dipilih sebagai 30 Karya Terpilih Guru Malaysia bagi tahun 2019/2020 di pautan:

>>PENDAFTARAN 30 KARYA TERPILIH GURU<<

Karya yang dicalonkan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

Tarikh tutup pencalonan ialah pada 30 Oktober 2020

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) 

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) melalui Urusetia Tetap MBKM merupakan sebuah badan perbukuan professional yang berperanan untuk mengangkat karya dan perbukuan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Karya dan perbukuan tersebut merupakan aset negara yang menyumbang kepada kemajuan dan ideologi serta mampu membentuk Malaysia sebagai negara maju dan berdaya saing.

Karya yang dihasilkan oleh guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia juga merupakan salah satu aset kementerian bagi melahirkan warga pendidik yang kreatif, berinovatif dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan anjakan ke-empat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Sumber: KPM / Majlis Buku 

Post a Comment

Previous Post Next Post