Sukan, Kokurikulum, Seminar, Bengkel Ditangguh

Berdasarkan makluman melalui laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), adalah dimaklumkan bahawa aktiviti Sukan, Kokurikulum, Seminar, Bengkel Ditangguh.

KPM memutuskan agar semua kegiatan sukan, kokurikulum, seminar, bengkel, taklimat dan program-program lain yang melibatkan guru dan murid secara bersemuka ditangguhkan.

KPM menggalakkan program/aktiviti dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan kemajuan teknologi serta kemudahan platform yang bersesuaian bagi membolehkan interaksi dua hala bersemuka dan berlaku secara dalam talian (maya).

KPM ingin menegaskan bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan pada tahap maksimum dan memastikan keselamatan murid adalah menjadi keutamaan dalam situasi pandemik COVID-19.

Sumber: KPM

Muat turun SURAT MAKLUMAN PENANGGUHAN

penangguhan sukan


Previous Post Next Post