Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermaksud pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian.
PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian secara berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.
Baca Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2.0
Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur dan terancang.
Berdasarkan manual PdPR 2.0 yang dikeluarkan oleh KPM, guru mempunyai 12 peranan yang digariskan oleh KPM iaitu,