Cara Mohon Salinan Keputusan Peperiksaan Awam

salinan keputusan peperiksaan lembaga peperiksaan

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan perkhidmatan e-Lembaga Peperiksaan yang memberi kemudahan kepada semua rakyat Malaysia untuk memohon salinan keputusan peperiksaan awam yang hilang atau rosak.

Salinan keputusan peperiksaan awam seperti SRP, PMR, SPM dan sebagainya boleh dimohon secara online melalui portal rasmi eLembaga Peperiksaan. 

Permohonan Salinan Keputusan dan Terjemahan secara atas talian telah dibuka bermula 1 Februari 2021.

Cara Mohon Salinan Keputusan Peperiksaan Awam

  1. Klik website https://elp.moe.gov.my/
  2. Klik perkhidmatan di sebelah kiri
  3. Klik salinan keputusan 
  4. Pilih jenis peperiksaan
  5. Masukkan no kad pengenalan dan klik papar borang permohonan
  6. Pilih tahun peperiksaan, isi semua maklumat dan akhir sekali klik MOHON

Setiap salinan peperiksaan yang dimohon akan dicaj sebanyak RM30

Previous Post Next Post