Permohonan eGTukar 2021 Dibuka Pada 15 Februari

 eGTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Sistem Pertukaran Guru Online (eGTukar) merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), KPM di bawah pengurusan guru. Antara objektif modul eGTukar ini ialah

  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / BAHAGIAN/ JABATAN membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian/Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara online tanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.

Tarikh Permohonan Pertukaran Guru Secara Online (eGTukar) Sesi 2021

Permohonan Pertukaran Guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dalam modul eGTukar akan dibuka mulai 15 Februari 2021 hingga 28 Mac 2021 bagi pertukaran guru sesi Jun 2021 dan Januari 2022.

Permohonan pertukaran guru tahun 2021 boleh dibuat melalui laman web ePGO melalui pautan di bawah

WEBSITE: https://epgo.moe.gov.my/

pertukaran guru sesi 2021


Antara alasan popular untuk pertukaran guru secara online ialah


  • Masalah kesihatan yang kronik (diri sendiri, pasangan, anak dan ibubapa)
  • Tinggal berjauhan dengan suami/isteri (mengikut isteri atau suami)
  • Ancaman keselamatan (bunuh, ugutan dan sebagainya)
  • Masalah tekanan mental/ perasaan/ kemurungan
  • Mempunyai masalah dengan pentadbir dan rakan sejawat
  • Genap tempoh berkhidmat di daerah semasa (sekurang-kurangnya 4 tahun)
  • Menjaga anak sakit (disahkan oleh pakar)
  • Menjaga ibubapa yang sakit (disahkan oleh doktor)
  • Tidak tahan berulang-alik dari rumah ke sekolah (100km sehari)
  • Masalah kewangan/hutang
  • Tidak tahan dengan kerenah pihak pentadbir
  •  Meningkatkan motivasi dan potensi diri di sekolah lain
  • Menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi
  • Mahu berkhidmat di daerah/negeri sendiri
  • Mengajar terlalu lama di sekolah semasa
  • Terlalu lama mengajar di sekolah bandar/pedalaman
  • Krisis rumah tangga (bercerai, gaduh, konflik)
  • Masalah membina hubungan dengan rakan sejawatan
  • Tiada hati untuk mengajar jika masih di sekolah lama
  • Tidak tahan dengan karenah ibubapa murid
  • Masalah tiada penginapan/rumah sewa
  • Taraf hidup yang terlampau tinggi di sesetengah tempat
  • Kurang kemudahan di sekolah semasa (air, line telefon, jalan raya dll)
Previous Post Next Post