garis panduan norma baharu 2.0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM telah mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Norma Baharu 2.0 melalui laman web rasminya. 

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 ini mengandungi sepuluh (10) skop utama yang telah dikemas kini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu yang telah dikeluarkan pada 5 Oktober 2020 dan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah pada 4 Jun 2020 serta semua garis panduan tambahan (annex) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Norma Baharu 2.0

Garis panduan ini boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia atau di pautan berikut 



Sumber: KPM

Post a Comment