Cikgu Azam Hasilkan Inovasi Troli Khas Untuk Pelajar OKU

inovasi troli khas


Seorang guru Pendidikan Khas disalah sebuah sekolah di Selangor yang juga dikenali sebagai Cikgu Azam (TikTok @cguazam) telah menjadi viral kerana menghasilkan inovasi "troli khas" untuk pelajar berkeperluan khas penglihatan.


Menerusi beberapa buah video yang dikongsikan di laman TikTok, cikgu Azam berkongsi momen kali pertama seorang pelajar yang bernama Alisya mencuba hasil inovasinya di kawasan sekolah. Menerusi video yang lain, cikgu Azam juga berkongsi momen larian beliau dan Alisya dalam acara Running Aids for Visual Impairments. 






Dalam acara itu, Alisya telah berjaya menghabiskan larian 5km dengan bantuan inovasi cikgu Azam dan membuatkan beliau bangga dengan pencapain Alisya.


This is my innovation project, Special to assist my blind student for their running. Berjaya habiskan 5 km last year. Bangga cikgu - cikgu Azam


Berdasarkan komen-komen oleh netizen menerusi platform facebook, rata-rata yang menonton video tersebut sebak dan terharu dengan kegembiraan yang terpancar di wajah Alisya yang dapat berlari seperti pelajar yang normal. Dalam masa yang sama, ramai yang memuji cikgu Azam kerana menghasilkan inovasi tersebut. Terima kasih cikgu!


inovasi troli khas


Previous Post Next Post