Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Tahun 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa ambilan 2023

Tarikh Permohonan HLP, HLPS dan CBBP TB

Permohonan  Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS)), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2023 akan dibuka pada 23 Disember 2022 (Jumaat), pukul 3:00 petang hingga 20 Januari 2023 (Jumaat), pukul 5:00 petang dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2023. 

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.

Cara membuat permohonan

Permohonan  Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) boleh dilakukan menerusi laman rasmi ePenawaran iaitu https://epenawaran.moe.gov.my
Mohon di sini : ePenawaran

Baca 

  1. Syarat Permohonan HLP 2023 (Pautan akan dikemaskini nanti)
  2. Senarai Bidang Pengajian HLP 2023 (Pautan akan dikemaskini nanti)


Sumber: KPM

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)


Previous Post Next Post