Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran (SPI 2023)

garis panduan panitia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah megeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) menerusi laman rasmi berkaitan dengan  Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) bilangan 2 tahun 2023 ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Garis Panduan Pengurusan Panitia

Garis Paduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang disertakan bersama-sama SPI ini adalah sebagai rujukan kepada pegawai di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah yang merangkumi:

  • Kriteria Pemilihan Ketua Panitia;
  • Tujuan Penubuhan Panitia Mata Pelajaran;
  • Struktur dan Organisasi Panitia Mata Pelajaran; Peranan Panitia Mata Pelajaran;
  • Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran;
  • Peranan Setiausaha Panitia Mata Pelajaran; dan
  • Pengurusan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.

SPI ini berkuatkuasa serta-merta maka Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986: Panitia Mata Pelajaran bertarikh 13 Mac 1986 adalah terbatal.

Muat turun SPI KPM Bil. 2 Thun 2023 untuk rujukan pihak sekolah  Download

Sumber: KPM

Previous Post Next Post