ringkasan mengajar sempena pkp

Contoh Ringkasan Mengajar Sempena PKP. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), guru-guru mengajar dari rumah dengan membuat ulangkaji supaya pelajar-pelajar tidak ketinggalan. 

Pelbagai kaedah dan strategi digunakan oleh guru-guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan lancar serta memberi kefahaman kepada pelajar walaupun dalam tempoh PKP yang  lalu.


PdP yang berlangsung di rumah mesti dicatat walaupun catatan tersebut ringkas supaya menjadi bukti guru-guru melakukan PdP di rumah seperti yang disarankan oleh KPM supaya guru-guru mengajar di rumah.

Dikongsikan Contoh Ringkasan Mengajar Sempena PKP yang telah disediakan oleh Cikgu Press untuk rujukan guru-guru. Terdapat banyak contoh ringkasan mengajar sempena PKP ini dan ringkasan ini bergantung kepada pihak sekolah masing-masing. Ringkasan mengajar ini adalah ringkasan semasa PKP yang bermula pada bulan Mac hingga Mei yang lalu


Bermula 24 Jun 2020, penggunaan RPH adalah seperti biasa seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling ikhtisas bil 3/1999 seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah. Walaubagaimanapun, penggunaan RPH sama ada ringkasan atau penuh bergantung kepada pentadbir sekolah masing-masing. 

Jika contoh ringkasan yang disediakan oleh Cikgu Press  ini sesuai digunakan untuk mencatat aktiviti PdP, guru-guru boleh lah mengunakannya. Jangan lupa SHARE kepada rakan-rakan yang lain. Ada contoh yang lagi ringkas? Jangan lupa share dengan kami

Untuk info cepat dan pantas jangan lupa JOIN TELEGRAM Cikgu Press https://t.me/cikgupress

Post a Comment

Previous Post Next Post