Program Transisi Tahun Satu 2021

program transisi tahun satu

Program Transisi Tahun Satu 2021. Program Transisi Tahun Satu 2021 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah.

Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama.

Objektif Program Transisi Tahun Satu 2021

Objektif Program Transisi Tahun Satu 2021 ialah:

  • Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
  • Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
  • Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
  • Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

Fasa Program Transisi Tahun Satu 2021


fasa transisi 2021

Kit Program Transisi Tahun Satu 2021


Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuat naik Kit Program Transisi Tahun Satu 2021 untuk dijadikan panduan kepada sekolah dalam melaksanakan program transisi untuk murid tahun satu.

Sumber / Link
Bahagian Pembangunan Kurikulum 

Previous Post Next Post